Ramai orang nak buat biznes, nak income masuk setiap bulan
secara tetap, tapi tak nak keluarkan modal & tak nak berusaha..
Biasa dengar kan?
Tapi, macam mana tu? Adil tak untuk orang yang berusaha..?
Biznes apa pun ada modal..
Besar modal, besarlah bonusnya..
Kecil modal, kecil lah bonusnya..
Prinsip saya mudah.. tak semestinya nak mulakan biznes
dengan modal besar.. betul x..
Yang penting ialah BERMULA..
Macam mana nak ada perubahan kalau tak bermula..?
Selalu mengeluh, macam mana laa aku nak kaya ni.. tapi kalau
kita masih jalankan rutin harian, bagaimana nak berlaku perubahan, macam mana
income nak berubah..?
Setiap perubahan tak semestinya ada kemajuan.. tapi setiap
kemajuan, mesti berlaku perubahan.
Contoh paling mudah..
Macam mana nak dapat dapat ilmu kalau tak pergi menuntut
ilmu..?
Macam mana nak dapat result flying colors kalau asyik enjoy
& tak study..?
Macam mana nak dapat anak kalau tak berkahwin..? (soal anak
tak sah tak boleh diambil kira ye..)
Macam mana nak kurus kalau asyik
makan banyak, tak nak exercise dan paling mudah kalau malas nak exercise &
suka makan, tapi tak nak pakai Premium Beautiful & makan Lactolite yang
boleh bantu untuk kurus..?
Macam mana nak bahagia kalau kita tak cari kebahagiaan pada
orang lain..?
Boleh ke kita asyik menerima tanpa memberi..?
Dr Fadzillah Kamsah sendiri cakap, untuk dapatkan kasih
sayang, kita kena memberi kasih sayang..
Sama juga dengan konsep rezeki.. kita kena cari, baru lah
rezeki MARI..!
Semua orang tahu, punca pendapatan 9/10 adalah dari
perniagaan.. dan semua orang tahu Rezeki TAKKAN Datang Bergolek, Bulan TAKKAN
Jatuh Ke Riba.. tapi ramai di antara kita tak mahu sebab bila berniaga mesti
ada PERUBAHAN.
Perubahan ape yang biasanya selalu orang takutkan sangat..?
Saya dulu pun macam tu.. percaya lah..
Perubahan masa.. Dulu boleh rehat di
hujung minggu.. Ada masa untuk tonton wayang.. ada masa banyak bersenggang..
masa untuk tidur.. Duit tak bape banyak, tapi suka lepak kat rumah.. saya dulu
pun ssh nk percaya nk wat bisnes cm skang nie..tp blum cuba blum
tawkan..alhamdulillah..
Saya mulakan biznes nie sebab nk tolong hubby.. financial
saya n hubby quite bad masa tu sebabnye kami dok berjauhan.. saya & hubby
mulakan biznes menjual baju kanak-kanak.. banyak modal habis, beribu Ringgit
Malaysia habis & ada stok yang masih ada sebab tak laku.. tak nak salahkan
orang lain, tapi mungkin kelemahan kami..
Sudahnya? Terhenti sampai di situ..
Suatu hari saya belek-belek FB..Saya ternmpk pic mmb kat dlm
GLAM..so saya tanyer dier..dier pun cter..Jadi saya nampak peluang, per lagi
saya grab.. sebab paling-paling saya suka ialah KERJASAMA SECARA BERKUMPULAN.
Bantu-membantu, bimbing rakan-rakan
kongsi sampai jadi & dapat apa yang saya dapat. Lebih mudah bila pemimpin
& rakan kongsi SATU HATI, SATU MATLAMAT.
Waktu hujung minggu saya memang bukan seperti dulu sebab
buat part time business.. tapi tak la 24 jam tak da di rumah.. Adaaa.. saya pun
sayangkan suami & anak saya sama macam orang lain. Cuma masa tu saya curi
sikit dalam 2-4 jam untuk saya sediakan yang terbaik untuk anak-anak saya..tapi
dalam berbisnes kter bleh bawak ank n hubby jalan-jalan skali..2 in 1
kn..berbisnez sambil berjalan2..seronokkn..
Tak seronok ker, korbankan waktu kter sedikit untuk dapatkan
income 4,5, angka? Uishhh.. SERONOK SANGAT..! lagipun bukan lama sangat just 2-3 jam jer..
Saya tak lakukan seorang diri..
tips, cara mantapkan kumpulan, cara menjadi profesional semua diajar.. tak ada
rahsia yang disimpan.. Berlainan dengan biznes konvensional, semuanya
bergantung pada diri kita seorang.. sebab tu saya salute dengan orang yang
biznes konvensional.
Saya buat biznes ni sebab saya memang nak keluar dari zon
kewangan yang sangat2 tak menyelesakan.
Ini pemikiran saya dulu sebelum buat keputusan buat biznes.
"Alaa.. dah ok dah ni.. life sekarang.. boleh beli
perabot bayar ansuran, ada jugak duit kutu sikit nak tambah apa yang kurang..
anak dapat simpan RM50 dah ok lah berbanding orang yang tak boleh nak menyimpan
langsung.. bagi kat mama abah RM150 selang sebulan pun ok sangat.. dari orang
yang tak penah nak bagi mak ayah diorang?.. alaa.. pakai barang mahal, buat
apa.. kalau ada duit lebih baik aku simpan.. diorang tu menunjuk jer
lebih..alaa.. ada yang dah buat biz tu tapi tak jadi pun..? tak kaya pun macam
diorang cakap?"
Saya rasa diri saya sungguh pathetic & looser..
Lama-lama saya tak boleh tipu diri saya sendiri. Dan ada
yang memaksa saya keluar zon yang saya rasa selesa tu.
Duduk diam termenung, fikir sendiri.. "Ok Yana... kalau
kau nak berjaya.. kenapa nak kena tengok contoh orang yang tak
berjaya..?". Baru lah dapat signal, "Aku kena buat jugak", DING
DONG BELLLL.. ehehehe..
Bila dah buat, dah bermula, saya nampak makin lama, makin
elok keadaan kewangan saya.. selesaikan hutang yang menyesakkan kepala.. memang
keadaan awal buat biznes, memang tak nampak hasil banyak sangat, sebab
selesaikan bebanan hutang..
Tapi lama-kelamaan, beban hutang
mula sikit, simpanan dapat buat lebih banyak.
Dan dah boleh mula beli barang-barang apa yang saya suka.
Saya pun tak boleh nak tipu diri saya nak merasa pakai handbag yang mahal,
cantik, pakai baju cantik, yang berjenama.. walaupun saya seorang yang sederhana..
tapi jauh kat sudut hati, NAK JUGAK MERASA.
Nak jugak merasa bila beli barang cash atau debit card..
Dan ramai juga yang buat biz nie asalnya orang senang,
memang berada.. tapi masih lagi buat, kenapa..???
Sebab diorang nampak PELUANG
BUAT DUIT LAGI BANYAK.
Buat bisnes ni, MUDAH. Jangan terlalu banyak block dalam
fikiran kita.. kalau banyak sangat block, memang takkan jadi.
Mesti berani..! Berani cabar diri gapai impian..! Berani
cabar diri untuk luangkan masa untuk keluar dari zon selesa, BUAT SEMENTARA SAJA
untuk dapatkan keselesaan yang lebih lagi..! Berani cabar diri berikan yang
terbaik untuk mak ayah kita..!
Tak ada apa yang nak ditakutkan, sebab dalam biznes ni,
leader sentiasa ada untuk back up tidak kira masa.
Rosham Nor cakap dalam Malaysia Hari
Ini (MHI), zaman sekarang, bukan zaman buat satu kerja saja. Kat Malaysia ni,
rezeki banyak, tinggal kita jer nak cari..
Oh Abg Rosham..! Saya setuju sangat..! Autograf pleaseeee...
ehehehe..
So, this is something for you to
think about.. ini sekadar perkongsian saya.. apa yang biznes ni boleh beri
perubahan besar pada income & hidup kita, KALAU KITA BUAT DENGAN BETUL BERSAMA-SAMA
DENGAN KUMPULAN YANG BETUL..
No comments:
Post a Comment